Seorang pekerja pawagam mensanitasi dan menyembur pembasmi kuman di dalam pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley 8 September lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

KES baharu COVID-19 kembali turun di bawah angka 20,000 apabila 19,550 kes baharu dilaporkan hari ini.

Turut mencatatkan penurunan hari ialah Selangor yang merekodkan 2,416 kes berbanding lebih 3,500 semalam.

Menurut data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tertinggi hari ini masih lagi Sarawak dengan 3,743 kes.

Pada masa sama, terdapat dua lagi negeri yang melaporkan lebih 2,000 kes iaitu Johor (2,282 kes) dan Johor (2,163 kes).

Ini diikuti Pulau Pinang (1,865 kes), Kedah (1,390 kes), Perak (1,354 kes) dan Kelantan (1,320 kes).

Negeri Sembilan yang sudah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) terus melaporkan kes yang rendah dengan 198 kes hari ini.

Terendah hari ini ialah Labuan (dua kes), Putrajaya (24 kes) dan Perlis (73 kes).

Sehingga 11 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,550 kes (1,960,500 kes).

Baca artikel berkaitan: 21,176 kes baru, Selangor kembali lepasi angka 3,000

99.9 peratus penduduk dewasa Lembah Klang lengkap vaksin

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,416 (639,286)
WPKL – 555 (179,692)
Sabah – 2,163 (172,146)
Johor – 2,282 (162,111)
Sarawak – 3,743 (151,507)
Kedah – 1,390 (116,671)
Pulau Pinang – 1,865 (106,953)
Negeri Sembilan – 198 (94,184)
Kelantan – 1,320 (92,299)
Perak – 1,354 (81,537)
Melaka – 490 (52,903)
Pahang – 722 (51,043)
Terengganu – 953 (41,871)
WP Labuan – 2 (9,873)
WP Putrajaya – 24 (5,700)
Perlis – 73 (2,724)

Sementara itu, Noor Hisham dalam kenyataan lewat petang ini memaklumkan, sebanyak 265 kes baharu atau 1.4 peratus dalam kategori 3, 4, dan 5.

“Sebanyak 19,285 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” jelasnya.

Berikut status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 September 2021 (jam 12 tengah hari);

• Kes sembuh : 21,771 kes (1,700,733 kes kumulatif, 86.7%);

• Kes baharu : 19,550 kes (1,960,500 kes kumulatif); 

• Kes import : 7 kes (5 warganegara; 2 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 19,543 kes [17,153 warganegara (87.8%);  2,390 bukan warganegara (12.2%)]; 

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,247 kes (936 kes COVID-19; 311 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan); 

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 667 kes (453 kes COVID-19; 214 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 5,087 kluster

• Jumlah kluster baharu : 28 kluster

• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,641 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram