Anuar Zain ikut jejak Nabil Ahmad, sertai tabligh

Dari Penulis

SEBUAH video memaparkan penyanyi Anuar Zain yang sedang menyediakan air teh tarik telah tular di media sosial.

Sambil ‘menarik’ teh tarik, Anuar menyanyikan lagu popularnya iaitu Lelaki Ini dengan gaya bersahaja.

Video berdurasi satu minit itu turut menarik perhatian warganet apabila penyanyi berusia 51 tahun itu dilihat bersama dengan kumpulan jemaah tabligh yang turut disertai pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad.

Apa yang mencuri perhatian netizen, penampilan Anuar yang dilihat kini semakin berubah dengan menyertai tabligh telah mendapat pujian ramai.

Video yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial TikTok @nadrosli813 itu telah ditonton seramai lebih 680 ribu orang dan mendapat hampir 65 ribu tanda suka.

Dalam perkongsian tersebut, dilihat Nabil dengan nada berseloroh berkata, “Allah bagi sedap, abang Anuar Zain yang kasi tarik.”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This