Lebih 70 peratus dewasa lengkap vaksin, Lembah Klang tertinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar mengikut perancangan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.

Usaha itu telah pun menyaksikan lebih 70 peratus populasi dewasa telah pun lengkap divaksinasi, merangkumi 17.177 juta individu seluruh negara.

Statistik lebih 70 peratus atau lebih tepat 73.4 peratus itu turut merangkumi 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap menerima dos kedua bagi vaksin dua dos dan satu dos bagi vaksin dos tunggal CanSino.

Sehingga semalam, sebanyak 38.488 juta dos vaksin telah pun diberikan seluruh negara sejak PICK dilancarkan penghujung Februari lalu.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 21.372 juta individu atau 65.4 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos kekal berada di bawah paras 300,000 semalam.

Sebanyak 227,476 dos telah pun diberikan merangkumi 76,346 untuk dos pertama manakala 151,130 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 91.3 peratus.

Baca artikel berkaitan: Lebih 17 juta lengkap divaksinasi, populasi keseluruhan 52.1%

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.241 juta atau 74.1 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 1.803 juta (64.0 peratus populasi) di Sarawak; 1.668 juta (44.1 peratus populasi) di Johor; 1.381 juta (35.3 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.022 juta (40.7 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 943,222 individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (831,443) dan 715,698 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 681,650; Kelantan telah mencatatkan 639,168 lengkap dos kedua dan 552,161 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 495,562 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 135,733 di Perlis dan 65,713 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 6.999 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.421 juta individu.

Ia diikuti Sarawak 1.926 juta; Sabah (1.807 juta); Perak (1.475 juta) dan Pulau Pinang (1.258 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sentiasa bersedia, fenomena El Nino sebabkan cuaca lebih panas dan kering – Ahmad Zahid

SELURUH rakyat dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa ekoran fenomena El Nino dalam tempoh terdekat. Timbalan...

More Articles Like This