Lebih 75 peratus dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus berjalan lancar mengikut perancangan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok.

Usaha itu telah pun menyaksikan lebih 75 peratus populasi dewasa telah pun lengkap divaksinasi, merangkumi 17.653 juta individu seluruh negara.

Statistik lebih 75 peratus atau lebih tepat 75.4 peratus itu turut merangkumi 54.1 peratus populasi keseluruhan telah lengkap menerima dos kedua bagi vaksin dua dos dan satu dos bagi vaksin dos tunggal CanSino.

Sehingga semalam, sebanyak 39.234 juta dos vaksin telah pun diberikan seluruh negara sejak PICK dilancarkan penghujung Februari lalu.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 21.649 juta individu atau 66.3 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos kekal berada di bawah paras 300,000 semalam.

Sebanyak 243,971 dos telah pun diberikan merangkumi 71,658 untuk dos pertama manakala 172,313 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 92.2 peratus.

Baca artikel berkaitan: 74.7 peratus individu dewasa lengkap divaksin

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.407 juta atau 76.1 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 1.815 juta (64.4 peratus populasi) di Sarawak; 1.731 juta (45.8 peratus populasi) di Johor; 1.431 juta (36.6 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.049 juta (41.8 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 965,028 individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (866,564) dan 731,202 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 691,528; Kelantan telah mencatatkan 666,779 lengkap dos kedua dan 582,662 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 503,600 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 143,416 di Perlis dan 66,863 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.050 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.447 juta individu.

Ia diikuti Sarawak 1.940 juta; Sabah (1.856 juta); Perak (1.512 juta) dan Pulau Pinang (1.268 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This