Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Malaysia 2021, hari ini.

Ucapan itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menerusi poster yang dimuat naik ke Facebook rasmi Istana Negara.

“Selamat menyambut Hari Malaysia 2021 daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,” menurut poster berkenaan.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-88 kepada seluruh warga angkatan, veteran dan semua yang pernah berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Baca artikel berkaitan: Bulatkan tekad bina Keluarga Malaysia berjaya – PM

Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara yang dicintai bersama.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan.

“Seri Paduka menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota ATM khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini.

“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” menurut perkongsian Istana Negara itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This