Kebenaran rentas negeri palsu, henti sebar poster

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai disarankan supaya berhenti daripada menyebarkan poster tidak sahih berhubung kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah yang kononnya dibenarkan berkuat kuasa mulai Sabtu ini.

Sebaliknya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meminta masyarakat supaya sentiasa merujuk kepada media sosial rasmi kementerian, jabatan atau agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

KKMM memaklumkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menegaskan poster yang tular dalam media sosial itu adalah palsu.

Baca artikel berkaitan: Mesyuarat 4 menteri esok perinci kelonggaran rentas negeri

“MKN menafikan kesahihan poster yang mengandungi kenyataan bahawa ‘Pergerakan Rentas Daerah dan Negeri Dibenarkan Kecuali Bagi Kawasan PKPD Berkuatkuasa Pada 18 September 2021’ seperti yang tular.

“MKN menegaskan poster berkenaan adalah palsu serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat kononnya pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan mulai Sabtu itu tular dalam media sosial sejak semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This