Pahang mula vaksin remaja 16, 17 tahun Isnin depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM vaksinasi COVID-19 kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun di Pahang akan bermula Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus.

Menurut Dr. Nor Azimi, penyelarasan sedang dilakukan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi memastikan pemberian vaksin itu dapat dijalankan.

Buat masa ini, kata beliau, pemberian vaksin kepada remaja yang mempunyai penyakit di Pahang telah pun bermula sejak Rabu lalu di lima buah hospital utama.

Beliau berkata, lima hospital tersebut adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh; Hospital Pekan; Hospital Lipis dan Hospital Bentong.

“Bermula 15 September, Pahang telah memulakan vaksinasi remaja yang mempunyai penyakit di lima buah hospital utama.

“Bermula Isnin depan pula, program vaksinasi akan diperluaskan kepada semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun. Penyelarasan sedang dibuat bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Dr. Nor Azimi berkata, seramai 960,126 atau 81.7 peratus penduduk dewasa di Pahang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat kelmarin manakala 691,258 atau 58.8 peratus telah lengkap dua dos.

Baca artikel berkaitan: 17.97 juta individu di Malaysia lengkap divaksin

Katanya, hanya 26,048 individu yang telah berdaftar sedang menunggu untuk disuntik vaksin.

Bagaimanapun, beliau berkata, seramai 189,626 atau 16.1 peratus lagi masih belum berdaftar.

Menurut Dr. Nor Azimi, Pahang akan berjaya mencatatkan 100 peratus populasi dewasa disuntik sekurang-kurangnya satu dos pada akhir September ini sekiranya bekalan vaksin sampai dengan baik.

Namun begitu, kata beliau, sasaran itu mungkin terpaksa ditangguhkan melihat kepada prestasi pemberian vaksin ketika ini.

“Banyak strategi telah disusun oleh semua daerah bagi merancakkan proses vaksinasi. Merata tempat program outreach telah dan sedang dilaksanakan dengan hampir semua ceruk kampung telah dijejaki.

“Strategi walk-in juga telah dan sedang diadakan di semua daerah namun kehadiran untuk suntikan dos pertama masih tidak mencapai sasaran. Siapa dan di mana mereka? Adakah mereka enggan atau ada sebab-sebab lain?

“Peluang dan ruang untuk mendapat suntikan terbuka luas. Sambutlah peluang ini bagi warga Pahang yang masih belum mendapat suntikan supaya sasaran 100 peratus dos pertama penduduk dewasa pada akhir September ini tercapai,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This