17.97 juta individu di Malaysia lengkap divaksin

Dari Penulis

SEBANYAK 55 peratus populasi keseluruhan di Malaysia sudah menerima vaksinasi lengkap yang merangkumi 17.97 juta individu.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), angka setakat jam 11.59 malam itu melibatkan 76.8 peratus populasi dewasa.

Bagi sekurang-kurangnya satu dos, seramai 21.78 juta individu atau 66.7 peratus populasi keseluruhan (92.7 peratus populasi dewasa) di Malaysia telah menerimanya.

Berdasarkan data di media sosial JKJAV, kesemua negeri sudah mencatatkan pemberian satu dos melebihi 60 peratus populasi dewasa setakat semalam termasuk Sabah yang mencatatkan kadar 68 peratus.

Sehubungan itu, dijangkakan sebelum akhir bulan ini kadar pemberian vaksin di lima negeri terendah ketika ini mampu melebihi 60 peratus populasi dewasa seperti disasarkan kerajaan.

Baca artikel berkaitan: Hanya 5 PPV di Lembah Klang dibenar vaksinasi secara ‘walk-in’ mulai esok

Lima kes positif saringan gelembung pelancongan Langkawi

Tertinggi ketika ini di Lembah Klang dengan 105 peratus populasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah lengkap divaksinasi.

Sementara itu, sebanyak 202,298 dos vaksin diberikan semalam dengan 140,190 vaksin lengkap dan 62,108 dos pertama.

Antara negeri yang mencatatkan pemberian tertinggi pada cuti umum Hari Malaysia adalah Sabah dan Johor.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This