19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh di Kemensah Heights

Dari Penulis

SEBANYAK 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, dekat Ampang, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Bomba dalam satu kenyataan berkata, anggota yang tiba jam 9.44 malam mendapati berlaku tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang rumah terbabit.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kerana hujan dan struktur tanah lembut. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – BERNAMA

BERITA BERKAITAN Lima bangunan berisiko tanah runtuh di HQE dikosongkan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This