Rentas negeri dibenarkan selepas capai 90 peratus vaksinasi dewasa – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA gembira buat seluruh rakyat Malaysia selepas kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Pengumuman itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sebagai rekod, sebanyak 80.2 peratus populasi dewasa seluruh negara telah pun melengkapkan suntikan vaksin sehingga semalam.

Menurut Ismail Sabri, ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kata beliau, selain aktiviti rentas negeri, kerajaan juga akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan, mesyuarat berkenaan turut memutuskan bahawa operasi kedai runcit, pasar raya mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan dari pukul 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa esok.

“Kerajaan juga membenarkan operasi perniagaan spa, pusat kesihatan dan urut kesihatan kepada pengunjung serta operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober depan.

“Selain itu, pusat, premis dan produk pelancongan termasuk zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing serta taman rimba turut dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuat kuasa 1 Oktober dengan semua pengusaha dan pengunjung lengkap divaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Negeri Sembilan, Pahang, Johor beralih Fasa mulai Jumaat

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi juga ditetapkan pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Di samping itu, beliau memaklumkan, warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa ditetapkan perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara manakala percuma bagi warganegara.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan serta keselamatan diri,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This