Selepas Zul Ariffin, giliran Remy Ishak tarik diri ABPBH34 – “Saya kurang berlakon… beri pada yang layak.”

Dari Penulis

FAKTOR kurang aktif berlakon drama dan filem pada tahun lalu, membuatkan pelakon Remy Ishak menarik diri dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34).

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Remy sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak penganjur.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu, produk filem atau drama lakonan saya agak kurang,” katanya.

Ujar Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 39, dia berharap pengunduran dirinya dalam beberapa kategori yang dipertandingkan itu dapat memberi peluang kepada anak seni yang lebih layak.

“Saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” jelasnya.

Kenyataan penarikan diri Remy untuk menjadi calon awal ABPBH34

Selain Remy, ABPBH34 yang dijadualkan berlangsung pada 13 November depan turut menyaksikan aktor tinggi lampai, Zul Ariffin membuat pengumuman sama, baru-baru ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This