22 anggota ‘Geng Sakai’ berdepan hukuman penjara 20 tahun

Dari Penulis

SERAMAI 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ di antara Januari 2015 dan Jun 2021.

Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj dan R. Nantha Kumar.

Tertuduh lain ialah S. Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R. Logeswaran, R. Tannesh dan A. Jayaprakash.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Semua tertuduh yang berusia antara 18 dan 47 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, Kuala Lumpur antara Januari 2015 dan Jun 2021 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Baca artikel berkaitan: ‘Sakai’ dan gengnya tumpas, Porsche Macan antara dirampas

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Manakala 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T. Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P. Taneswaran serta K. Komaga, manakala lima tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Sequerah menetapkan 22 Oktober ini untuk pengurusan kes.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This