AKTOR Hafidz Roshdi tidak berasa tercabar meskipun kini semakin ramai penyanyi menceburi bidang lakonan.
Menurut Hafidz ketika ini dia berdepan dengan persaingan, namun dia tetap bersyukur kerana masih lagi menerima tawaran berlakon.
“Dari awal saya berlakon, memang begini polanya di mana ramai penyanyi bergelar pelakon.
“Saya tidak pernah rasa tergugat sebab saya yakin dan percaya dengan rezeki.
“Dapat tawaran lakonan walaupun bukan hero utama pun satu rezeki buat saya…dapat watak pembantu pun rezeki juga buat saya sekeluarga,” katanya kepada URTV.
Dalam pada itu, Hafidz,27,menyifatkan tawaran lakonan yang diberikan kepada penyanyi adalah rezeki yang seharusnya dikongsi bersama.
“Kalau penyanyi diberikan kepercayaan sebagai pelakon, itu dah memang rezeki mereka. Siapalah saya nak menidakkan rezeki yang diberikan Tuhan.
“Kalau pelakon sama jadi hero, saya rasa mungkin tidak menerima tawaran watak pembantu.
“Sebenarnya, bukan mudah untuk menjayakan watak hero utama kerana ia memberi satu tekanan besar sebab saya dah laluinya dulu.
“Bila diberi peluang galas tanggungjawab jadi hero kedua, saya ada banyak ruang untuk terokai watak baharu. Soal tergugat memang tak pernah timbul dalam diri saya,” ujarnya.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Perisik Cinta Tak Diundang yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

