Hanya satu lokaliti dikenakan PKPD di Cameron Highlands

Dari Penulis

HANYA satu kawasan sahaja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

Pelaksanaan PKPD di Kampung Orang Asli Kuala Boh di tanah tinggi itu akan dilaksanakan selama dua minggu mulai Khamis ini, susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di lokaliti itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Rodzi berkata, penguatkuasaan PKPD itu akan berpanjangan sehingga 13 Oktober depan.

Sementara itu, satu lokaliti juga dilanjutkan tempoh PKPD selama dua minggu sehingga 13 Oktober ini.

Lokaliti tersebut adalah di Kampung Tementong, Mukim Ceka 1, Lipis, Pahang.

Beberapa kawasan pula ditamatkan PKPD mereka mulai esok. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah.

UTUSANTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This