KKR laksana 2 projek pembinaan jalan pintas atasi kesesakan trafik di Cameron Highlands

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) kini memiliki dua projek bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di Cameron Highlands yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

Menteri berkaitan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, satu daripada Projek Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands telah dilaksanakan manakala satu lagi sudah diluluskan permohonan pelaksanaan.

Jelasnya, Projek Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands yang sedang dilaksanakan meliputi kerja menaik taraf jalan dari Bulatan McDonald’s ke Persimpangan Brinchang/Time Tunnel (FT59).

“Selain membina ‘One Way Loop’ di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP2, RMKe-12) Kementerian Kerja Raya.

“Skop utama projek adalah meliputi kerja-kerja naik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong di kawasan Brinchang/Time Tunnel sepanjang 1.0 kilometer (km) serta pembinaan ‘one way loop’ dua lorong sehala di Kea Farm sepanjang 3.0 km.

“Status semasa projek masih dalam peringkat pembinaan dengan kemajuan fizikal semasa sebanyak 38 peratus dan dijangka siap pada Februari 2028,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Leong Ngah Ngah tentang apakah pelan atau langkah konkrit kerajaan untuk menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas yang berlarutan di Cameron Highlands.

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata, satu lagi Projek Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands melibatkan usaha membina jalan pintas di Tanah Rata.

“Menaik taraf Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm bagi Seksyen 62.7-64.4, Seksyen 66.0-68.0 Dan Seksyen 69.8-70.8 serta menaik taraf Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle).

“Skop utama projek merangkumi pembinaan jalan pintasan Tanah Rata (jalan alternatif) dan naik taraf Jalan FT59 serta FT434 (Jalan Griddle) sedia ada dengan anggaran panjang keseluruhan 10 km.

“Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina dengan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor telah dikeluarkan pada 11 Februari 2026 dan tarikh milik tapak pada 16 Februari 2026,” katanya.

Katanya lagi, KKR sentiasa komited dan sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani isu kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara holistik, strategik dan berkesan.

“Setiap perancangan dan pembinaan projek akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira kepentingan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar termasuk perlindungan flora dan fauna,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This