Resipi ayam pedas manis parutan mangga

Dari Penulis

Resipi ayam pedas manis parutan mangga ini memang sedap. Rasa sekali pasti nak lagi. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Zaidah Md Ibrahim ini.

BAHAN AYAM
½ bahagian dada ayam – buang tulang

BAHAN SALUTAN TEPUNG
1 cawan tepung jagung
¼ cawan tepung kastard
½ cawan tepung gandum
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk kari
½ sudu besar serbuk pati ayam
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Garam

BAHAN SOS PEDAS MANIS
½ cawan sos plum
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
4 tangkai cili padi Thai – tumbuk kasar
2 biji limau kasturi – perah ambil jusnya
Gula somtam dan garam

BAHAN HIASAN
1 biji mangga muda – parut
1 labu bawang besar – hiris nipis
Cili Padi Thai
Daun ketumbar

CARA
1.Satukan ke semua salutan tepung. Sebatikan campuran. Ketepikan.
2.Pukul telur, masukkan ayam ke dalam bancuhan telur, supaya senang tepung melekat pada ayam.
3.Kemudian gaulkan ayam di dalam campuran tepung dengan sebati.
4.Panaskan minyak, goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
5.UNTUK SOS : Satukan ke semua bahan sos pedas manis dan seimbangkan rasa.
6.TEKNIK HIDANGAN : Ayam yang telah di goreng, dipotong sederhana kecil.
7.Tabur parutan mangga, hirisan bawang besar, cili padi dan daun ketumbar.
8.Tuangkan sos pedas manis di atas ayam dan bolehlah hidangkan.

Resipi : Siti Zaidah Md Ibrahim

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Previous article
Next article

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This