Resipi pai epal

Dari Penulis

Bagi anda yang tercari-cari resipi pai yang lazat, resipi pai epal ini wajib anda cuba. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan pai epal ini.

BAHAN DOH
1 kg tepung gandum
500 gm mentega
2 biji telur
150 gm gula
½ sudu kecil esen vanila

BAHAN FILLING
3 sudu besar tepung jagung
3 biji epal – kisar
3 sudu besar kismis
80 gm gula
1 sudu besar serbuk kayu manis
300 ml air

CARA
1.UNTUK DOH : Mentega dan gula pukul hingga kembang.
2.Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
3.Selepas itu barulah, masukkan tepung sedikit demi sedikit bersama esen vanila.
4.Pukul hingga menjadi doh. Ambil acua tat, bentukkan doh. Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit. Ketepikan.
5.UNTUK FILLING : Panaskan air dan gula hingga mendidih.
6.Kemudian masukkan epal dan serbuk kayu manis. Gaul rata.
7.Diikuti dengan tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
8.Biarkan sejuk dalam 10 minit. Masukkan kismis dan gaul rata.

Resipi : Amira Abdul Malek – Aunty Tertlet


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This