Prestasi Jemaah Menteri dinilai berdasarkan tiga elemen – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESTASI semua ahli Jemaah Menteri bagi 100 hari pentadbiran akan dinilai berdasarkan tiga elemen utama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, tiga elemen tersebut adalah penilaian prestasi kementerian atau jabatan, penilaian kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta penilaian persepsi awam terhadap ahli Jemaah Menteri dan kementerian atau jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

Kata beliau, mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu telah bersetuju supaya semua menteri Kabinet membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pentadbiran kerajaan bermula 1 September lalu.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap aspirasi berlandaskan enam teras utama iaitu menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara serta meningkatkan kesejahteraan sosial.

“Selain itu, teras utama itu juga termasuk mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.

“Dalam hal ini, pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) akan bertindak sebagai penyelaras bersama bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan serta penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kabinet perlu buktikan pencapaian awal dalam 100 hari

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan beliau telah mengadakan sesi bersama kesemua 31 ahli Jemaah Menteri untuk memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan pada 24 dan 29 September lalu.

Katanya, semua menteri Kabinet juga diarahkan untuk mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari itu kepada rakyat.

“Ia bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi tersebut bagi setiap ahli Jemaah Menteri sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat,” jelas beliau.

Perdana Menteri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya pada 27 Ogos lalu berkata setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This