Kematian remaja di Baling tiada kaitan vaksin COVID-19

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan dakwaan tular di media sosial berhubung kematian seorang gadis di Baling, baru-baru ini kononnya akibat suntikan vaksin COVID-19.

Pengarah JKN Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, pihaknya telah membuat siasatan segera mengenai dakwaan itu dan mendapati ia adalah tidak benar.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati gadis berkenaan merupakan seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bukan lagi pelajar sekolah.

Menurut Dr. Othman, gadis tersebut telah pun menerima satu dos suntikan vaksin COVID-19 pada 5 September lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Tun Abdul Razak, Baling.

“JKN Kedah ingin merujuk kepada berita yang tular dalam media sosial baru-baru ini berkaitan seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19.

“Arwah ada mengadu sakit perut pada 19 September lalu dan telah diberi rawatan di Hospital Baling, namun begitu 20 hari selepas divaksin iaitu pada 25 September, gadis itu dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri.

Baca artikel berkaitan: Vaksin keluaran Sinovac diluluskan kepada remaja

Remaja rebah lepas vaksinasi kerana gementar, kurang tidur dan tidak sarapan

“Tahap kesihatannya cepat merudum dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Othman berkata, jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia disebabkan ruptured thoracic aneurysm dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.

“Laporan penuh bedah siasat sedang disediakan.

“Jabatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan,” jelas beliau.

Dr. Othman turut menasihati masyarakat umum supaya tidak mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak disahkan serta mendapatkan maklumat sahih berkaitan COVID-19 dan vaksin COVID-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This