Part II – Cantik dengan cara aneh. Ular dan najis burung kekal muda dan mulus

Dari Penulis

Ular sememangnya merupakan antara haiwan yang tidak digemari oleh wanita kerana fizikalnya yang bersisik dan kelihatan amat menggelikan. Namun,sebuah negara di Asia Barat pula banyak menggunakan ular untuk menjadi cantik dan sihat. Kebiasaannya tiga ekor ular yang tidak berbahaya akan dilepaskan di atas badan terutamanya di bahagian wajah dan punggung pelanggan.

Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal, iaitu sekitar USD90, kebanyakan golongan wanita tidak kisah asalkan dapat menjalani rawatan ular. Gerakan otot-otot ular ini ketika merayap di badan dipercayai mampu untuk mengentalkan otot-otot di muka dan menghilangkan sakit sendi sama seperti diurut oleh tukang urut.

Manakala di bandar raya New York pula, pusat kecantikan di sana menggunakan najis burung merpati sebagai satu perniagaan. Dengan hanya membayar USD50, Shizuka New York Day Spa menawar perkhidmatan yang dikenali sebagai Geisha Facial menggunakan najis burung. Mereka percaya, najis burung merpati ini mengandungi enzim anti jerawat dan menjadikan seseorang itu awet muda. Dipercayai, terdapat juga selebriti antarabangsa yang menggunakan kaedah ini, antaranya seperti Tom Cruise dan Victoria Beckham.

Perawatan ini dikatakan antara kunci rahsia kecantikan geisha-geisha Jepun sejak beratus tahun dahulu untuk mendapatkan kulit putih berseri, mulus dan halus. Ada sesetengah pendapat mengatakan, najis burung bulbul yang telah disteril terlebih dahulu amat berkhasiat kerana zat dan enzim aktifnya yang sangat baik untuk kulit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This