Petua awet muda, atasi demam panas dan sakit mata

Dari Penulis

Jambul Nanas Petua Awet Muda

INGIN awet muda? Disarankan agar senyum selalu. Itu salah satu petuanya. Satu lagi petua awet muda, kisar beberapa jambul nanas dan kemudian rebusnya bersama air selama setengah jam. Bila air rebusan tinggal satu cawan barulah tutupkan api dan sejukkan air rebusan tadi.

Amalkan meminumnya seminggu sekali. Insya-Allah dengan air rebusan ini serta amalan makan ulam-ulaman pasti anda akan awet muda selalu. Wanita hamil dilarang mengamalkan petua ini.

Daun Bunga Cina Atasi Demam Panas

SEKIRANYA anda ataupun anak-anak anda demam panas cara terbaik untuk melegakannya dengan mengambil beberapa helai daun bunga Cina. Ramas bunga ini di dalam semangkuk air dan usaplah air ini di atas dahi hingga ke kepala. Insya-Allah dalam beberapa jam saja demam panas anda akan beransur pulih. Selamat mencuba.

Bawang Merah Ubat Sakit Mata

BAWANG merah selain menaikkan aroma masakan ia juga boleh menyembuhkan penyakit mata. Ambil beberapa ulas bawang merah dan tumbuk lumat bersama dengan kulitnya.

Kemudian ambil bawang yang lumat tadi dan tampal di mata yang sakit dan bengkak tadi. Mula-mula anda pasti berasa pedih tapi lama kelamaan pedih itu akan hilang dan mata yang sakit dan bengkak juga pasti pulih kembali. Cuba jangan tidak cuba.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This