Kamal Adli ukur baju, Uqasha Senrose buat bridal shower. Wah! dah bau nasi minyak!

Dari Penulis

DESAS-desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini semakin hampir apabila mereka dilihat sedang sibuk membuat persiapan menuju hari bahagia.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabila Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dilihat menghadiri acara bridal shower atau pesta bujang di sebuah restoran mewah yang terletak di ibu negara, semalam.

Uqasha turut berkongsi semula Instagram Story yang dimuat naik adiknya, pelakon Nelydia Senrose di akaun miliknya.

Selain dihadiri Nelydia, majlis itu diraikan ahli keluarga lain termasuk Raysha Rizrose serta sepupunya Oktovia Menrose dan Aprena Menrose.

Lebih istimewa lagi, tetamu yang hadir pada majlis keraian itu turut dihadiahkan seutas rantai loket yang turut diletakkan gambar Uqasha.

Sementara itu, menerusi pemerhatian URTV di Instagram Kamal, 35, turut memuat naik foto Uqasha berserta kapsyen istimewa.

“So cantik… Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan,” tulisnya.

Malah, sebelum ini, Kamal turut dilihat sedang mengukur baju untuk persalinan hari bahagianya bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dan Kenny Lord.

Kamal Adli berkongsi dirinya sedang diambil ukuran baju manakala tetamu yang hadir ke bridal shower Uqasha dihadiahkan seutas rantai berloket istimewa

Untuk rekod, Kamal melamar Uqasha di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME 2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This