Antivaksin: Ada masa kita perlu guna undang-undang – KJ

Dari Penulis

“ADA masa mendidik, namun ada masanya kita perlu gunakan undang-undang.”

Itu penegasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terhadap penyebar berita palsu berkenaan vaksin COVID-19.

Walaupun sudah beberapa individu didakwa di mahkamah gara-gara berita palsu vaksinasi, namun ia seakan tidak menggerunkan golongan tersebut.

Terbaru pemilik akaun Twitter @khalids pula terlibat.

Justeru, dalam kes ini, beliau meminta laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat.

“Cukup-cukuplah pembohongan,” katanya menerusi Twitter.

Hantaran Khairy itu turut diulang ciap lebih 6,000 pengguna media sosial berkenaan yang menyokong penegasan beliau.

Baca artikel berkaitan: Lokman Noor Adam didakwa sebar berita palsu vaksin

Sebar berita palsu, guru tuisyen individu pertama didakwa di bawah Ordinan Darurat

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu telah berjaya memberikan dos lengkap kepada hampir 90 peratus populasi dewasa setakat semalam.

Biarpun demikian, Malaysia juga tidak terkecuali berdepan penyebaran berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.

Perkara itu juga dilihat mempengaruhi keputusan segelintir individu untuk tidak mengambil vaksin termasuk sebilangan kecil penjawat awam.

Sedangkan strategi kerajaan dan di peringkat global adalah untuk memberikan vaksin kepada semua yang layak dalam usaha memasuki fasa endemik.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This