Tahniah! Yonnyboii dah tunang, selangkah menuju ikatan halal

Dari Penulis

PENYANYI Yonnyboii kini bergelar tunangan kepada wanita pilihannya, Nik Nazira Narriman, hari ini.

Yonnyboii atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin,23, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Saya tidak pernah percaya pada cinta, saya tak pernah percaya pada peluang malah tidak pernah berasa yakin. Saya tidak pernah rasa gembira, tersenyum begini sehingga saya bertemu dengan kamu.

“Jantung saya berdebar setiap kali kamu berada di sisi saya. Saya tidak pernah rasa diri ini seorang yang pelik, tidak pernah rasa gementar sehinggalah saya jumpa awak.

“Saya tidak pernah mempunyai alasan untuk mencintai seseorang lebih daripada diri saya sehingga saya bertemu dengan kamu. Saya tahu, kamu adalah orang yang paling tetap untuk saya sayang,” katanya.

Difahamkan, pasangan ini merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This