KEMELUT rumah tangga pelawak Shuk Sahar nampaknya masih belum reda apabila isterinya Rossalennah Natassyiah meluahkan perasaan di media sosial.
Rossalennah atau Sera seperti memberi bayangan rumah tangga mereka kini ibarat telur di hujung tanduk yang hanya menanti rentak.
“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang zalim daripada ini, sakit sangat.
“Selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar dengan masa depan,” tulisnya.
Tambah Sera, Shuk telah mengkhianati peluang kedua yang diberikan olehnya dan seakan tidak pernah menyesali atas perbuatan yang dilakukan dulu.
“Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi, sedih sangat tapi bersyukur Allah tunjukkan kebenaran.
“Anak-anaklah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah anak-anak kecil ni walaupun aku kena maki sebab maafkan kau… aku hadam saja.
“Aku tak kuat tapi aku reda, aku percaya semua ini sudah sesuai dengan yang engaku rancangkan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Shuk ‘kantoi’ buat hal lagi! Isteri dedah kecurangan suami buat kali kedua , Shuk Sahar tampil akui kesilapan curang dengan isteri – “Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan!” , Isteri Shuk Sahar ‘back up’ suami, netizen bengang – “Duit laki aku, bukan laki kau…suami saya,hak saya…”

Meskipun pun terluka, namun Sera sehabis daya cuba untuk bersabar walaupun sedar bukan mudah untuk melalui semua kekecewaan.
“Tiada siapa yang mahu perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar, dia pilih juga bersabar.
“Walaupun perit, sakit dan trauma, tetap juga dia tempuhi. Sayang sangat sebab peluang itu tak pernah dihargai… mempersenda kan perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.
“Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini.
“Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini,” tulisnya.
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan memiliki dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia setahun.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

