Siti Nurshuhaini Azman - Gambar Internet

PEMAIN badminton termuda negara, Siti Nurshuhaini Azman yang pertama kali diturunkan mewakili negara dalam perlawanan Kumpulan D Piala Uber trending di Twitter Malaysia malam ini walaupun tewas kepada pemain China, He Bing Jiao.

Pemain remaja yang baharu diserapkan kepada skuad badminton senior negara itu mempamerkan aksi cemerlang walaupun menghadapi lawan yang mempunyai ranking kesembilan dunia.

Dalam perlawanan malam ini, China mengesahkan kemenangan 3-0 ke atas Malaysia selepas He Bing Jiao menewaskan Siti Nurshuhaini 21-12, 21-3 dalam perlawanan perseorangan.

Untuk perlawanan keseluruhan malam ini, Malaysia tewas 0-5 kepada China yang dibarisi antara barisan pemain terbaik dunia.

Siti menjadi tranding di Twitter Malaysia apabila disebut sebanyak hampir 10,000 kali oleh pengguna Twitter di negara ini yang kagum dengan pemain muda negara itu ketika beraksi di Piala Uber di Denmark, malam ini.

“Idk why i feel like i want to cry watching siti playing in the uber cup, maybe sbb kita jarang tgk anak melayu main kt gelanggang so this just feel soooo different #UberCup2020. (Saya rasa macam nak menangis melihat Siti bermain di Piala Uber, mungkin kerana jarang tengok pemain wanita Melayu bermain di gelanggang dunia, jadi rasa sangat berbeza #UberCup2020,” kata [email protected]

Sofealilyana berkata, “Siti is so cute (memang sangat comel) omg hahahahaha first hijabis and she’s still 17 (pemain pertama memakai hijab dan masih berumur 17 tahun).

“Look at this result (Lihat kepada keputusan) Siti. Ni result (keputusan) Lee Zii Jia at his early career (pada awal kariernya) pada 2017 di Czech Open. Dia pun kalah. And look at him now (lihat kedudukannya sekarang), Olimpik.

“Siti pun dah berjaya masuk SF a few month ago (separuh akhir) di Slovenia Open. Trust the process and work hard (Percaya kepada proses dan kerja keras). In 2-3 years later Siti akan jadi hebat,” kata The KMZ.

Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D Piala Uber 2020, Malaysia menentang China di Arena Ceres, Denmark:

China 5, Malaysia 0

  • Chen Yu Fei mn Eoon Qi Xuan = 21-13, 21-11
  • Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting mn Lee Meng Yean-M Thinaah = 21-12, 21-17
  • He Bing Jiao mn Siti Nurshuhaini Azman = 21-8, 21-3
  • Huang Dong Ping-Jia Yi Fan mn Go Pei Kee-Teoh Mei Xing = 21-9, 21-12
  • Wang Zhi Yi mn K. Letshanaa = 21-15, 21-11

– UtusanTV