zul ariffin

HANTARAN terbaharu Zul Ariffin di Twitter menarik perhatian pengguna laman sosial apa ciapannya itu dikatakan telah menyindir pihak tertentu.

“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.

“Jaga makan dan kurangkan makan cili nanti menggelupur. Minum air yang banyak, baik untuk kesihatan,” ciapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik video sumbang, didenda RM30,000, “Orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang sahaja tidak…” – Zul Ariffin

Entri tersebut telah membuatkan warganet berteka-teki mengenai ayat ‘makan dalam’ yang ditulis oleh Zul.

“Deep sangat advice ni. Stay strong boss! And take care of your health too.

“Kenapa mereka yang lain tak kena persalahkan. Should be director pun masuk sekali dan produser. Ni pelakon pula yang kena.

“Alamak, siapa yang makan cili tu.

“Siapa makan cili dia rasa pedas, nasib baik saya makan biskut,” komen pengguna Twitter.

Selasa lalu, Zul mengaku bersalah memuat naik kandungan video bersifat sumbang di Instagram dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, Sepang.

Malah, menerusi temu bual bersama pihak media, Zul berkata, lebih baik dia mengaku bersalah daripada membuang masa ramai pihak.

Jelas Zul lagi, dia tidak kisah hanya dia seorang yang mengaku bersalah dan menganggap orang lain yang terbabit sebagai ‘malaikat’ serta dirinya tidak.