‘Ayahanda’ positif dadah, antara 52 individu ditahan hadir mesyuarat pertubuhan haram

Dari Penulis

POLIS menahan 52 individu, termasuk tiga ketua pertubuhan haram bergelar ‘Ayahnda’ ketika mereka sedang menghadiri mesyuarat di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Ketiga-tiga pemimpin pertubuhan tersebut berusia antara 30 dan 35 tahun dengan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, semua 52 individu yang berusia dari 16 hingga 52 tahun ditahan dalam satu operasi kira-kira jam pukul 9 malam.

Katanya, siasatan dan pemeriksaan terhadap individu terbabit mendapati mereka mengaku menghadiri mesyuarat membabitkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Dalam serbuan, pelbagai barangan berkaitan kumpulan terbabit dirampas. Enam daripada individu yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan terlibat kes dadah di Kuala Kangsar

“Pertubuhan berkenaan dipercayai menjalankan kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau ‘reposessor’.

“Seramai 36 individu yang ditahan sudah dikenakan reman selama empat hari bermula semalam (Sabtu),” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This