Polis sahkan suspek video tular tunggang motosikal secara berbahaya, positif dadah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS mengesahkan lelaki yang videonya tular di media sosial telah bertindak agresif dengan menendang motosikal milik anggotanya selain menunggang secara berbahaya di jalan raya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun itu berlaku di hadapan kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim.

Jelasnya, kejadian berlaku pada 11 pagi ketika anggota polis menjalankan rondaan cegah jenayah dan siasatan menemukan dua bungkus plastik lutsinar yang disyaki air rebusan daun ketum.

“Ketika hendak menahan suspek berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan dengan menendang motosikal milik polis dan melarikan diri dengan menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan merbahaya kepada pengguna.

“Bagaimanapun anggota polis berjaya mengesan suspek di hadapan sebuah kedai aksesori motorsikal dan berjaya menahan suspek tidak lama kemudian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke balai untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ia positif dadah jenis Methampetamine.

Sehubungan itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This