AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar Tingkatan Enam selepas pulang bercuti di Thailand, pagi tadi.
Pengarahnya, Khairul Anwar Ahmad berkata, mereka ditahan dalam Op Merdeka 2025 bermula 3 petang Sabtu hingga 1 tengah hari Isnin, di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
“Operasi membabitkan tiga pegawai dan 12 anggota untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika orang ramai memasuki negara ini selain membanteras kemasukan dadah melalui sempadan negara.
“Sebanyak 30 kenderaan serta 15 motosikal diperiksa dan sebanyak 31 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, 23 positif pelbagai jenis dadah,” katanya seperti dilapor Bernama.
Khairul Anwar berkata, mereka yang ditahan terdiri 21 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 18 hingga 40 tahun, termasuk pelajar Tingkatan Enam itu bersama pasangannya berusia 25 tahun yang ditahan pada 6 pagi tadi.
Baca artikel lain: Polis Metro Jaya tahan 1,240 penunjuk perasaan di Jakarta
“Selepas ujian air kencing dijalankan, pelajar itu didapati positif ketamin (dipercayai diambil) ketika berhibur di sebuah pusat hiburan, manakala individu lain didapati positif ganja, methamphetamine dan MDMA,” katanya.
Katanya lagi, mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan yang ditahan pengguna kali pertama yang mencuba dan mengambil dadah di tempat hiburan.
“AADK mencadangkan agar ujian air kencing terus dijalankan kepada pelajar untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah, khususnya di sekolah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

