Pelakon positif dadah, bukan Syafie Naswip yang kena tangkap polis!

Dari Penulis

SUSULAN penahanan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun yang positif dadah di Kuala Kangsar, Perak, aktor Syafie Naswip tampil menafikan artis yang dimaksudkan itu adalah dirinya.

Menurutnya, sebelum ini dia berada di negeri berkenaan bagi menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral.

“Salam semua, ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya.

“Memandangkan saya menjalani penggambaran di Kuala Kangsar baru-baru ini…jawapannya tidak.

“Ada beberapa produksi drama lain yang turut ‘shooting’ di sana.

“Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” tulisnya di Instagram.

Nama Syafie mula diperkatakan netizen memandangkan usianya turut sama dengan selebriti yang ditahan.

Media melaporkan seorang pelakon dan pengarah positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala Penolong pengarah juga positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamin.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.15 pagi semalam oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan perkara tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This