Pastikan tiada lagi peningkatan kemuncak kes – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pihak dinasihatkan supaya terus bekerjasama dan melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan tiada lagi peningkatan kemuncak jangkitan kes COVID-19.

Ia selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter memaklumkan, negara sedang berada dalam fasa penurunan kes selepas berhadapan kemuncak jangkitan COVID-19.

Beliau juga menyifatkan kemuncak kes itu sebagai bencana dan hampir putus harapan.

Khairy turut berkongsi graf Model SEIR Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19, yang menunjukkan graf kes harian di Malaysia sejak 1 April hingga 31 Disember 2021.

“Ketika kita membenarkan pergerakan rentas negeri bermula hari ini, tolong ingat imej ini

“Kita sedang berada dalam penurunan daripada kemuncak bencana dan putus asa. Pakai pelitup muka, pantau prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek),” katanya dalam ciapan itu.

Baca artikel berkaitan: 6,709 kes baharu, kali pertama kes bawah 7,000 sejak 5 Julai

Graf Model SEIR Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Khairy melalui ciapan Twitternya.

Kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menurut beliau, kebenaran ini sejajar dengan kadar vaksinasi populasi dewasa di Malaysia yang mencecah 90 peratus.

Ismail Sabri menegaskan, kebenaran itu adalah kepada mereka yang sudah melengkapkan dos vaksinasi COVID-19.

Hari ini, sebanyak 6,709 kes baharu telah dilaporkan – kali pertama kes harian COVID-19 dilaporkan di bawah angka 7,000 dalam tempoh hampir 100 hari.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian di bawah angka 7,000 ialah 5 Julai lalu iaitu sebanyak 6,387 jangkitan.

Kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia setakat ini berjumlah 2.34 juta kes.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This