Pelakon, pengarah filem terlibat dadah direman dua hari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELAKON, pengarah dan penolong pengarah filem yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar, pagi semalam direman selama dua hari.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek itu ditahan direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurut beliau, semua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 40an itu ditahan sepasukan pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Kangsar kira-kira pukul 7.15 pagi semalam.

Mior Faridalathrash memaklumkan, ia susulan serbuan rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Jelasnya, polis telah menjumpai bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 1.45 gram dan syabu dengan anggaran seberat 0.38 gram hasil pemeriksaan di lokasi tersebut.

“Polis turut merampas botol plastik yang telah diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah dengan nilai dadah yang dirampas berjumlah RM270.

Baca artikel berkaitan: Pelakon positif dadah, bukan Syafie Naswip yang kena tangkap polis!

Pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan terlibat kes dadah di Kuala Kangsar

“Siasatan awal mendapati suspek pertama dan kedua positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) manakala suspek ketiga positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod jenayah yang dilakukan juga mendapati salah seorang suspek turut mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media pagi tadi melaporkan seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This