Sedapnya kuih bakar kacang merah ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN LAPISAN BAWAH:
250 gm kacang merah (rebus dan lenyek halus)
3 biji telur
160 gm gula kastor
150 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
150 gm santan
200 ml air
Pewarna merah secukupnya
30 gm mentega

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak selama 45minit pada suhu 180 darjah selsius.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram