Biasanya masakan ungkep ini popular menggunakan ayam, apa kata kali ini tukar kepada daging pula. Jom lihat cara menyediakan resipi daging ungkep ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
400 gm daging – potong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 helai daun salam
2 batang serai – titik
Garam secukupnya

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang kecil
4 biji buah keras
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Reneh daging dengan bahan kisar dan serai.
  2. Masukkan satu cawan santan pekat dan air. Didihkan se hingga daging empuk.
  3. Masukkan lagi lebihan santan, daun salam dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram