Malaysia sedia kembali sebagai hab pelaburan – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan serantau dan antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri, di sebalik pandemik COVID-19, program vaksinasi berterusan yang dilaksanakan kerajaan berjaya menyediakan persekitaran selamat kepada pelabur.

“Kejayaan ini juga dicapai menerusi kerjasama berterusan oleh setiap ahli Keluarga Malaysia dan hari ini, gelembung selamat untuk semua perniagaan dengan penerapan norma baharu,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Invest Malaysia 2021 Siri Maya 1 – Pembaharuan Ekonomi dianjurkan Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank hari ini.

Selain ucaptama oleh Perdana Menteri, Invest Malaysia 2021 turut melibatkan beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ismail Sabri berkata, Malaysia menyediakan persekitaran paling kondusif kepada komuniti perniagaan untuk melabur, yang mana negara ini adalah pintu masuk ke pasaran ASEAN melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Ujarnya, 15 negara dalam RCEP saja menjana hampir 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, dan dianggarkan bahawa keseluruhan pendapatan KDNK negara berkenaan akan meningkat sebanyak AS$174 bilion menjelang 2030.

“Ini akan menyediakan syarikat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) kita peluang sama sambil memudahkan akses ke pasaran serantau yang lebih besar.

“Iklim pertumbuhan ini diperkukuhkan lagi oleh peningkatan yang konsisten Malaysia dalam bidang infrastruktur digital. Dalam beberapa tahun terakhir, Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam ekonomi digital, perniagaan dalam talian dan transaksi tanpa tunai,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah menggariskan sembilan bidang fokus dalam memperkasakan pelaburan Malaysia.

Antaranya merancakkan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan pemacu ekonomi, meningkatkan keselamatan sosial, membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan jurang pendapatan di seluruh negara, kata Perdana Menteri.

“Keunikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dengan sosial yang pelbagai strata telah lama memberi peluang kepada pelabur. Berbilang bangsa, misalnya, memerlukan keperluan yang berbeza.

“Dalam erti kata lain, lebih banyak produk dan perkhidmatan berpotensi untuk dipasarkan di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Perdana Menteri menyifatkan komponen penting bagi masa depan negara terletak kepada Rangka Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara.

Kata beliau, kedua-dua aspek tersebut juga adalah sejajar dengan Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang bertujuan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

“Menerusi 4IR, kita menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem dalam ekonomi yang diterajui oleh sains, teknologi dan inovasi. Ia akan memudahkan pembangunan teknologi tempatan dengan mewujudkan peluang ekonomi dan melahirkan bakat atau tenaga kerja dalam bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan Teknologi Blockchain.

“Malah, dengan adanya MyDIGITAL ini, aspek pembuat keputusan akan menumpukan usaha membangunkan infrastruktur dan modal insan. Ini akan memastikan akses lebih meluas dan pengoptimuman penggunaan generasi teknologi baharu,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram Facebook Twitter Email WhatsApp Telegram LinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This