GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin membalas fitnah dilemparkan golongan antivaksin yang cuba memburukkan beliau kononnya memakai gelang atau ‘tangkal jin’ di kanan kirinya.

Sambil berkongsikan tangkap layar perbualan dipercayai golongan antivaksin dalam aplikasi Telegram, Khairy secara sarkastik mengatakan beliau menggunakan empat jenis ‘jin’ untuk melindungi Malaysia.

Kata beliau, ‘jin’ yang dikatakan itu adalah jenis vaksin digunakan negara iaitu Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” kata Khairy dalam Instagram Story miliknya, hari ini.

Tangkap layar yang tular dalam media sosial itu memaparkan salah seorang ahli kumpulan dipercayai antivaksin itu mendakwa Khairy memakai tangkal di tangan kirinya dan mempunyai empat jenis syaitan yang ditugaskan melindunginya.

Khairy turut berkongsikan satu lagi tangkap layar golongan antivaksin yang mendoakan keburukan buat dirinya.

Baca berita berkaitan: Enggan divaksin? Kami akan ‘menyusahkan hidup anda’ – KJ

Tangkap layar Instagram Story Khairy

Semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberi mesej tegas kepada golongan antivaksin bahawa kerajaan akan ‘membuatkan hidup mereka susah’.

Khairy pada masa sama mengingatkan golongan antivaksin yang kerajaan tidak akan sesekali memberi muka kepada mereka.

Katanya, mereka yang memilih untuk menolak imunisasi COVID-19 tanpa ada alasan kesihatan tidak akan sesekali menikmati kelonggaran seperti yang diberikan kepada penerima vaksin.

“Kita mungkin tidak akan laksanakan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin, tetapi menggalakkan undang-undang secara sektoral.

“Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak divaksin.

“Ini kerana anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, yang tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan itu tiada isu dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera.

“Bagaimanpun, jika sebaliknya, maaflah, pendekatan kita ialah ‘kami akan susahkan hidup anda’. Tak boleh rentas negeri, tak boleh ‘dine-in dan lain-lain’,” katanya dalam sidang akhbar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram