Berjaya hidu helah licik kaki penipu, tindakan pantas akak ‘cashier’ dipuji netizen

Dari Penulis

TINDAKAN seorang pelanggan yang cuba mengelirukan juruwang sebuah premis makanan gagal selepas ia berjaya dihidu sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Juruwang itu, Nurain Fitri Abdullah, 21, terpaksa berdepan situasi “pelik” selepas seorang pelanggan cuba mengelirukannya dengan melakukan pembelian beberapa botol air minuman dan cuba memperdaya dengan membuat pesanan secara berulang-ulang.

Kata Nurain, pada awalnya pelanggan lelaku itu ingin membeli tiga botol air mineral bersaiz kecil, akan tetapi selepas dikembalikan baki lelaki tersebut ingin tukarkan pembelian itu kepada air mineral bersaiz besar.

“Dia nak botol besar, saya dah kata tiada, beli di kedai sebelah, kemudian dia ‘cancel’ beli tiga botol mineral kecil itu.

“Selang beberapa saat secara tiba-tiba dia nak beli semula tiga botol kecil itu tetapi enggan memberi semula duit RM50 tersebut,” ujarnya.

Nurain berkata, dia kemudian berasa curiga dengan tindakan lelaki itu seolah-olah cuba memperdaya dirinya melakukan pembelian beberapa kali untuk mendapatkan baki wang RM50 yang dikembalikan.

“Are you try to scam us? We don’t have the big one!” kata Nurain dalam nada tegas kepada pelanggan itu.

Baca artikel berkaitan: Pura-pura pengsan selepas dimarah, gelagat si kecil cuit hati warganet

@mhrburgers10

Scammer datang lagi dengan modus operandi yang sama di Port Dickson. Baru terjadi di MHR Burger’s. #fyp #mhrburgers #scammeralert

? original sound – MHR Burger’s

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di laman TikTok @MHRBurger’s, kejadian itu telah mendapat lebih 300,000 tontonan.

Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki berbaju-T putih, bertopi memasuki premis tersebut dan memesan minuman di kaunter bayaran.

Selepas melakukan pesanan, lelaki itu menghulurkan wang bagi melakukan pembayaran yang kemudiannya diberikan baki.

Sejurus itu secara tiba-tiba, pelanggan bertindak bertindak membatalkan pembelian dan bertanya mengenai air minuman bersaiz besar lalu mengembalikan wang baki yang diterima sebelum itu.

Tidak sampai beberapa saat dia kemudian menghulurkan kembali wang untuk membeli air minuman yang dipesan sebelum itu.

Tambah Nurain, selepas sahaja lelaki itu sedar akan helahnya terbongkar, dia terus meluru keluar meninggalkan premis tersebut tanpa sebarang hasil.

Rata-rata wargamaya memuji dan melabelkan Nurain Fitri sebagai “cashier terbaik” dan ada juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka ditipu dengan menggunakan modus operandi yang sama.

“Saya pernah kena dulu masa keerka kfc PD. Dia beli ayam dua ketul bagi note RM100..saya dah bagi baki ada RM50, RM10 dan RM1..dia ambil dan patah balik tnjuk duit tak cukup,” ujar @Littelfamily.

“Dekat Chow kit masa saya bekerja, dah pernah kena. Dua tiga kali datang, kali ketiga kantoi dapat penyepak free. Tapi memang laju tangan dorang,” komen @amirul yang geram.

Difahamkan juga, lelaki tersebut ada mencuba untuk melakukan penipuan dengan cara yang sama di cafe berhampiran sebelum datang ke premis perniagaan MHR Burger’s tetapi tidak berjaya.

Kata Nurain, ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di premis tersebut dan kali pertama ia berlaku pada tahun lepas.

“Kejadian pertama dia berjaya dapat RM100, dia dapat duit dia dan dapat duit kita sekali.” Kongsinya.

Kata Nurain, tiada laporan polis dibuat memandangkan tidak melibatkan sebarang kerugian dalam kejadian tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This