KETUA Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerima kunjungan hormat delegasi International Practical Shooting Association (IPSC) Malaysia di Bukit Aman, hari ini.
Dalam kunjungan hormat itu, persatuan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Wilayah IPSC Malaysia, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.
Dalam satu hantaran di Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pertemuan berkenaan bertujuan memperkasakan hubungan antara IPSC Malaysia dengan PDRM dalam memajukan sukan menembak praktikal di Malaysia.
Turut serta dalam kunjungan tersebut, Presiden National Range Officer Institute Malaysia, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalannya, Adrian Salleh Hashim.
“Taklimat ringkas juga disampaikan oleh Tengku Amir Zaki dan antara perkara yang dibincangkan termasuklah berkenaan isu lesen senjata api, kejohanan yang boleh dianjurkan PDRM serta adaptasi IPSC dalam latihan kepolisan,” jelas PDRM menerusi hantaran tersebut.

Hadir sama dalam pertemuan berkenaan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hazani Ghazali, Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisoner Ruslan Khalid dan Komander Unit Tindakhas merangkap Pengelola Sukan Menembak PDRM, Senior Asisten Komisioner Mohd Khairi Khairudin.
Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan Komander UTK (Operasi) merangkap IPSC PDRM Representative, Asisten Komisioner Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

