Katak oh Katak, membawa petanda bencana alam akan menimpa

Dari Penulis

PADA 5 Mei 2008, penduduk wilayah Sichuan di China menjadi pelik apabila melihat ribuan ekor katak membanjiri bandar tersebut. Haiwan itu berpusu-pusu melintasi jalan, seolah-olah sedang berhijrah, atau sedang melarikan diri daripada sesuatu.

Fenomena aneh dan tidak pernah berlaku itu menimbulkan pelbagai tanda tanya. Ramai di antara mereka yang menganggap ia adalah petanda sesuatu yang buruk akan berlaku. Perkara buruk itu ialah bencana alam semula jadi.

Ribuan katak membanjiri bandar tersebut sebelum gempa bumi berlaku.

Namun, kerajaan China menafikannya dan mengatakan penghijrahan itu adalah satu perkara biasa dalam kitaran hidup haiwan berkenaan. Mereka juga meminta agar penduduk tidak terlalu mempercayai ramalan tersebut.

Warga Sichuan kembali tenang dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, seminggu selepas itu pada 12 Mei 2008, apa yang dinafikan benar-benar terjadi.

Pukul 2.45 petang, wilayah tengah China dikejutkan dengan satu gegaran kuat berukuran 7.8 skala Richter. Gempa bumi Sichuan itu antara yang terburuk pernah melanda China. Puluhan ribu nyawa melayang, ratusan ribu cedera dan ribuan lagi hilang. Juga menyebabkan kemusnahan yang teruk di wilayah tersebut. Gegarannya turut dirasai di Thailand, Vietnam dan Hong Kong.

Gempa bumi yang melanda Sinchuan pada 2008.

Ternyata, migrasi puluhan ribu ekor katak yang membanjiri bandar Sichuan seminggu sebelum dilanda gempa bumi sebenarnya adalah petanda terhadap kejadian gempa yang bakal terjadi. Aneh, bukan?

Ramai yang tidak tahu, sememangnya katak mempunyai hubungan yang kuat dengan alam semula jadi. Malah, untuk mengetahui sejauh mana tercemarnya alam, kataklah petunjuknya.

Katak adalah haiwan yang berguna dalam menjadi petunjuk kepada kualiti alam di planet bumi ini.

Sekarang, mari kita terjun ke dalam ‘kolam maklumat’ untuk mengetahui serba sedikit tentang haiwan ini…

  • Katak dipercayai wujud pada zaman jurasik, iaitu lebih 190 juta tahun dahulu. Katak-katak pada zaman itu mempunyai kaki belakang yang kuat untuk membolehkannya melompat dengan jauh bagi mengelak daripada dimakan dinasour.
  • Saintis juga telah menemui sejenis spesies katak zaman purba yang digelar Devil Frog, hidup kira-kira 70 juta tahun dulu. Menurut pakar paleontologi, Devil Frog adalah katak raksasa yang paling besar pernah wujud. Malah, dalam kajian mereka, sumber makanan bagi Devil Frog ialah anak-anak dinasour! Menurut kajian mereka, katak jenis ini boleh membesar sehingga 29 sentimeter, berat sekitar 4.5 kilogram, serta mempunyai mulut yang luas, gigi yang tajam dan kuat.
Devil Frog – Katak raksasa yang hidup pada zaman jurasik dahulu.
  • Katak hanya akan makan binatang yang bergerak seperti serangga dan labah-labah. Namun tidak semua katak yang memakan serangga. Ada juga spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan.
  • Katak boleh mengubah warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar bagi mengelak daripada haiwan pemangsa.
  • Katak menyerap air menggunakan kulitnya, jadi binatang tersebut tidak perlu minum. Katak juga menggunakan kulitnya untuk menyerap oksigen.
  • Sesetengah spesies katak boleh meloncat 20 kali lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri.
  • Conraua Goliath Frog, yang hidup di perhutanan Cameroon di Afrika Barat adalah spesies katak terbesar pernah ditemui. Panjangnya boleh mencecah 75 sentimeter dan berat 3.3 kilogram. Gold Frog pula adalah spesies katak terkecil, hanya berukuran 9.8 milimeter (dari hujung kaki hadapan ke hujung kaki belakang), dan banyak ditemui di selatan Brazil.
Goliath Frog, spesies katak terbesar di hutan Afrika Barat.
  • Orang Asli Australia dan Red Indian di Amerika percaya, katak adalah haiwan pembawa hujan. Kalau katak berbunyi kuat dan bersahut- sahutan, maknanya hujan akan turun. Ertinya juga, kita mempunyai pendapat yang sama dengan kaum-kaum asli di sana.
  • Masyarakat di India pula percaya katak adalah jelmaan guruh di langit. Di China, mereka percaya gerhana bulan terjadi kerana katak yang hidup di bulan itu mahu memakan bulan tersebut. Berbeza dengan di Jepun, penduduk negara tersebut percaya katak adalah simbol kepada nasib yang baik.
  • Musuh katak ialah haiwan pemangsa seperti ular, biawak, burung dan ikan. Tetapi untuk pengetahuan anda, musuh katak yang paling utama, yang boleh menghancur serta menghapuskan keturunan mereka dari muka bumi ini ialah pencemaran alam sekitar. Siapa pula yang melakukan pencemaran itu? Tidak lain dan tidak bukan, manusia! Diulangi… M A N U S I A!

_______________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This