Menarik tentang Kim Seon Ho, hero kacak siri ‘Hometown Cha Cha Cha’

Dari Penulis

PELAKON kacak Kim Seon Ho mula mendapat perhatian peminat K-drama menerusi watak Han Ji Pyeong yang dilakonkan dalam Start-Up sebagai CEO yang menawan pada 2020.

Bintang drama hit ‘Hometown Cha Cha Cha’ sekali lagi menjadi perbualan ramai sebaik sahaja drama itu berakhir apabila bekas kekasihnya yang dikenali sebagai ‘A’ tampil memuat naik dakwaan di dalam laman komuniti bahawa Seon Ho telah memaksanya mengugurkan kandungan sewaktu masih menjalinkan hubungan cinta.

Gara-gara pembongkaran itu, Seon Ho berdepan penarikan tawaran filem, program dan produk iklan disebabkan kisah yang tular dan menjadi perhatian ramai. Jom baca fakta menarik mengenai Seon Ho!

1) Bekas kekasih Kim Seon Ho

Menurut Dispatch, bekas kekasih yang digelar sebagai ‘A’ ialah Choi Young Ah yang merupakan bekas pembaca kaji cuaca. Young Ah mendakwa bahawa dia bertemu Seon Ho pada 2019 dan mula bercinta pada Mac 2020. Dilaporkan, Seon Ho tidak tahu yang Young Ah pada ketika itu di dalam proses penceraian dan meneruskan hubungan kerana rasa sayangnya terhadap Young Ah.

2) Dikenali sebagai ‘Dimple Prince’

Wajahnya yang kacak diserikan lagi dengan lesung pipit membuatkan senyuman Seon Ho menjadi igauan gadis yang meminati K-drama. Malah, pelakon ini turut diberi gelaran sebagai ‘Dimple Prince’ oleh peminatnya! Seon Ho pernah berkongsi di The Swoon Netflix bahawa dia mewarisi keunikan ibu saudaranya yang turut memiliki lesung pipit.

3) Mengalami trauma kerana pengalaman dirompak ketika masih muda.

Dalam temu bual bersama Harper’s Bazaar pada 2019, Seon Ho berkongsi bahawa rumahnya telah dirompak ketika dia masih muda. Ibunya ditikam dengan pisau semasa Seon Ho bersembunyi di bawah katilnya. Insiden itu memberi kesan trauma kepada Seon Ho sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa apabila seseorang berada di belakangnya dan mengalami masalah pernafasan di tempat yang sesak.

4) Pernah diberitahu dia tidak akan bertahan lama dalam dunia lakonan

Menerusi wawancara bersama Harper’s Bazaar dua tahun lalu, Seon Ho mendedahkan bahawa kualiti lakonan di awal kariernya sangat teruk sehingga orang di sekelilingnya meramalkan di akan berhenti daripada kerjaya seni. Malah, ketika di dalam kelas lakonan, dia sentiasa menawarkan diri untuk membuat persembahan terlebih dahulu kerana dia akan lebih gementar sekiranya melihat orang lain berlakon sebelumnya.

5) Pengikut Instagram terus meningkat meski dilanda kontroversi

Meskipun telah memohon maaf atas kontroversi yang melanda, para peminat tetap memberikan sokongan yang jitu buat Seon Ho. Malah, jumlah pengikutnya di Instagram meningkat kepada lebih 300,000 orang sekaligus mencatatkan 7.7 juta pengikut. Peminatnya turut membuat hashtag di laman sosial seperti “ #I_supprt_KimSeonho “ dan “ #I_trust_KimSeonho “ bagi menunjukkan tanda sokongan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bukan biasa-biasa! PTTI kumpul selebriti popular untuk tayangan perdana Selekoh Akhir

PTTI sekali lagi mencipta penanda aras baharu dalam dunia pendidikan tanah air apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari eksklusif berjudul...

More Articles Like This