PROTON berjaya meningkatkan jualan kenderaannya sebanyak 1.6 peratus kepada 86,379 unit dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 84,999 untuk tempoh sama tahun lalu.
Keputusan tersebut dicapai selepas syarikat automatif nasional itu berjaya mencatatkan jualan sebanyak 13,362 unit pada bulan Oktober yang juga peningkatan kadar jualan sebanyak 28.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Menurut Proton dalam kenyataan, kejayaan itu bermakna syarikat tersebut telah pun melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan yang telah menurun sebanyak kira-kira 4.7 peratus walaupun dengan jualan melebihi 65,000 unit buat kali pertama pada bulan Oktober untuk tahun ini.
Kata Proton, unjuran pegangan pasaran pada bulan Oktober adalah sebanyak 20.5 peratus manakala pegangan pasaran bagi tempoh sama berbanding tahun lalu adalah 22.7 peratus.
Sebagaimana bulan-bulan sebelum ini, Proton memaklumkan, model Saga terus menerajui pencapaian julan apabila sebanyak 5,107 unit telah terjual bulan lalu.
“Dalam tempoh sama berbanding tahun lalu, Saga juga kekal sebagai peneraju jualan bagi sedan segmen A yang tidak boleh dipertikaikan dan pilihan kepada pembeli yang mahukan kereta mampu milik dengan ciri-ciri terkini dan punyai dinamik terbukti.
Baca artikel berkaitan: Proton perkenal edisi khas X70 baharu
“Dua lagi peneraju jualan syarikat adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu X50 dan X70.
“SUV segmen B iaitu X50 peroleh kejayaan terbaik bulan lalu dengan jualan sebanyak 3,839 unit manakala X70 mengekalkan momentum dengan jualan berjumlah 2,165, hasil terbaik sejak Mac tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dengan hanya berbaki dua bulan lagi tahun ini, model X50 dan X70 berada di kedudukan selesa sebagai model jualan terbaik bagi segmen masing-masing.
Bagi rangkaian model lain, Exora terus mendahului pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen C dengan jualan sebanyak 359 unit.
Model Iriz dan Persona 2022 bagaimanapun terkesan teruk dengan kekurangan bekalan cip yang memberikan impak kepada penghasilannya dengan 1,393 unit Persona dan 497 unit Iriz terjual pada bulan Oktober.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jualan dalam bulan Oktober disumbangkan oleh permintaan tinggi pelanggan dan potensi jualan yang belum direalisasikan.
“Walaupun kita gembira dengan populariti Saga dan pencapaian kedua-dua model SUV, namun kita terlepas untuk meningkatkan jumlah jualan kerana berusaha memperoleh bekalan komponen.
“Permintaan pasaran dijangka kekal kukuh menjelang akhir tahun, jadi kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan tahun 2021 ditutup menerusi kejayaan besar,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

