SEORANG lelaki Mexico membuat keputusan untuk dikebumikan bersama trak pikap kesayangannya bagi membuktikan orang ramai silap sekiranya beranggapan harta kesayangan tidak boleh dibawa masuk ke dalam kubur.
Lapor Oddity Central, kejadian itu membabitkan Don Adán Arana dari Puerto San Carlos, Baja California Sur.
Trak itu merupakan harta kesayangan Arana selepas ia dihadiakn sebagai hadiah hari jadi oleh anak lelakinya beberapa tahun lalu.
Arana yang menderita penyakit yang tiada ubat dan merasakan hayatnya tidak lama kemudiannya meminta keluarganya mengebumikannya bersama kenderaan itu.
Dakwanya, trak pikap itu akan digunakannya semasa berada di ‘alam abadi’
Menunaikan hasrat terakhir insan tersayang merupakan perkara yang dianggap serius di Mexico.
Arana yang meninggal duni baru-baru ini kemudiannya dikebumikan bersama trak berkenaan.
Foto pengebumian itu kemudiannya tular di media sosial Mexico yang menunjukkan sebuah kren digunakan bagi memasukkan trak tersebut ke dalam kubur.
Keranda yang mengandungi jasad Arana diletakkan pada bahagian belakang trak.
Bagaimanapun menurut laporan El Universal, wakil penduduk Francisco Tovar mendakwa keluarga lelaki itu berdepan denda berat kerana tidak membuat sebarang permohonan bagi pengebumian pelik itu.
Bagaimanapun, permintaan mahu dikebumikan bersama kenderaan tersayang bukan lah perkara baharu.
Tahun lalu di Afrika Selatan, seorang ahli politik dikebumikan bersama kereta Mercedes kesayangannya.

