PM adakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Bogor hari ini

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia dijadual diberikan sambutan rasmi di Istana di Bogor, kira-kira 60 kilometer (km) dari Jakarta pada tengah hari ini.

Perdana Menteri dalam kemas kini Twitternya berkata: “Saya akan mengadakan pertemuan dengan (Presiden Indonesia) Bapak (Joko Widodo) Jokowi untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia.”

“Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas kepaksian hubungan akrab antara dua negara berjiran.

“Dalam memperkasa industri pertahanan, saya juga akan mengadakan lawatan ke pusat kemudahan industri pertahanan yang terdapat di Bandung,” katanya.

Ini merupakan lawatan pertamanya ke Indonesia sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma semalam dalam lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia.- Foto BERNAMA

Baca: PM tiba di Jakarta untuk lawatan rasmi ke Indonesia

PM adakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia mulai hari ini

Selepas jamuan negara di istana, Ismail Sabri akan kembali ke hotel penginapannya untuk bertemu dengan pemimpin industri Indonesia, sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman pada sebelah malam.

Beliau juga dijadual mengadakan dialog dengan diaspora Malaysia semasa majlis makan malam.

Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq.- BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This