JENAZAH anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Konstabel Akmal Wafi Annuar yang maut dalam kemalangan melibatkan lori pasukan itu semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Sungai Limau, Lunas dekat Kulim kira-kira 11 pagi tadi.
Pengebumian anggota FRU berusia 28 tahun itu dihadiri kaum keluarga serta kenalan, dengan jenazah Allahyarham diusung oleh pasukan FRU.
Allahyarham dikebumikan mengikut istiadat pengebumian kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa Allahyarham, Annuar Yusof.
Baca artikel lain: Majikan gaji pemandu dengan rekod kesalahan berulang perlu dikenakan hukuman berat
Terdahulu van membawa jenazah tiba di rumah keluarga Allahyarham di Taman Pegaga, Lunas pada 6.30 pagi sebelum jenazah disolatkan di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra.
Allahyarham Akmal Wafi merupakan antara sembilan anggota FRU Unit 5, berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh, Perak yang maut selepas lori FRU dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi semalam.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

