noor hisham
Dr Noor Hisham Abdullah.

DI Melaka, ramai orang politik tak kira parti mengeluh prosedur operasi standard (SOP) kempen terlalu ketat.

Ketatnya SOP sehinggakan calon hendak buat walkabout memperkenalkan diri pun tidak boleh.

Tetapi jika tengok di Facebook, ramai sahaja calon mendekati pengundi dengan tajuk ‘singgah sarapan’, ‘singgah beli goreng pisang’ dan sebagainya.

Begitulah kata kamus perundangan, rules are made to be broken, nak pula orang orang politik. Mereka memang kreatif.

Namun, sedar atau tidak, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt negara kini telah meningkat kembali kepada 1.0.

Sekali lagi, apabila Rt mencecah 1.0, warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang paling ‘berpeluh’ – bimbang kemasukan pesakit di hospital kembali meningkat.

Orang politik, habis kempen 20 November ini selesailah tugas tetapi yang menanggung akibat adalah petugas kesihatan seperti mana selepas PRN Sabah lalu.

Nak pula sebab varian baharu yang memang lain macam.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kembali mengingatkan rakyat Malaysia.

Menerusi Facebook beliau hari ini, nasihatnya ringkas dan padat iaitu “patuh segala SOP”.

“Dimaklumkan kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) telah meningkat kembali kepada 1.0.

“Ini bermakna kes harian semakin mendatar dan kebimbangan kita adalah jika ia kembali meningkat.

“Orang ramai digesa patuh kepada segala SOP,” katanya.

Baca: 6,323 kes baharu, tertinggi dalam tempoh 14 hari

Petugas parti ‘trauma’, Tok Mat minta SOP kempen dilonggar sedikit

Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas, berkomorbiditi – Khairy

Noor Hisham pada masa sama meminta kumpulan rentan mendapatkan segera dos penggalak vaksin COVID-19 bila janji temu diberi.

Malah petang ini, Noor Hisham akan mengadakan sidang akhbar di Putrajaya.

Jumlah kes harian dan Rt COVID-19.

Kata orang, apabila Ketua Pengarah Kesihatan muncul bercakap, ia memang serius.

Sejak dua hari lalu, kes harian COVID-19 juga melepasi angka 6,000.

Oleh itu, di Melaka atau di mana saja, patuhilah SOP kerana lonjakan kes baru COVID-19 bukan fiksyen.

Singapura beberapa minggu lalu mencatatkan kes harian melebihi 5,000 dan begitu Jerman yang kini lebih 50,000 kes sehari.

Perancis juga kuat berkempen meminta rakyatnya mengambil dos penggalak.

SOP bukan pilihan, tetapi untuk dipatuhi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram