AKADEMI Kedoktoran Keluarga Malaysia (AKKM) akan menganjurkan Mesyuarat Majlis Pertubuhan Kedoktoran Keluarga Dunia (WONCA) Wilayah Asia Pasifik secara maya pada esok.
Dalam satu kenyataan, AKKM memaklumkan Penaung akademi itu iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan untuk menyampaikan titah ucapan serta merasmikan mesyuarat berkenaan.
Acara ini bersempena dengan Persidangan Dunia WONCA Ke-23 pada 22 hingga 27 November ini yang dianjurkan Pertubuhan Kedoktoran Keluarga Abu Dhabi.
“Untuk sesi 2021-2023, penghormatan telah diberikan kepada doktor keluarga Malaysia dari AKKM untuk menerajui barisan kepimpinan Majlis Wilayah Asia Pasifik WONCA.
“Mereka terdiri daripada bekas Presiden AKKM, Prof. Madya Dr Mohammad Husni Jamal yang akan memegang jawatan Presiden.
“Pengerusi Majlis AKKM, Dr S. Kaviayarasan pula dicalonkan untuk jawatan Setiausaha Kehormat manakala Setiausaha Kehormat AKKM, Dr Wong Ping Foo dilantik sebagai Pengerusi The Rajakumar Movement,” kata AKKM.
Sementara itu, Kaviayarasan berkata, dua ahli AKKM telah memenangi anugerah berprestij WONCA Asia Pasifik untuk tahun 2021.
Katanya, pertama ialah Prof. Datuk Dr Sheikh Amin yang menerima anugerah Doktor 5 Bintang WONCA Asia Pasifik.
“Dr Noor Hazana Harun pula telah menerima anugerah The Rajakumar Movement Rising Star.
“Kedua-dua mereka akan bertanding untuk anugerah WONCA World bersama dengan calon dari wilayah lain,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

