Calon PH dikompaun RM4,000 didakwa berkempen di kedai makan

Dari Penulis

SEORANG calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikompaun RM4,000 kerana didakwa berkempen apabila berada di sebuah kedai makan dengan berpakaian mempunyai logi parti.

Kompaun itu dikeluarkan ke atas calon tersebut ketika beliau berada di sebuah kedai makan di Alor Gajah, Melaka, pada 11 pagi kelmarin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan kompaun dikeluarkan kepada calon terbabit tanpa mendedahkan butiran lengkap calon.

“Untuk makluman, kompaun dikenakan kerana calon memakai lambang PH,” katanya turut berkongsi resit kompaun yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dilaporkan Harian Metro.

BERITA BERKAITAN PN kena kompaun RM20,000, penganjur program Najib RM4,000

Difahamkan, kompaun terhadap calon kerana kesalahan berkempen itu adalah yang pertama dikenakan dalam PRN kali ini kerana kebanyakan kompaun dikenakan sebelum ini kerana kesalahan penganjuran majlis.

Prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk larangan untuk kempen bersemuka yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedikit-sebanyak menjejaskan aktiviti kempen kebanyakan calon yang bertanding.

Sebahagian besar calon dan jentera banyak meluangkan masa di kedai makan, pasar pagi, pasar malam serta rumah ibadat untuk ‘berkempen’ menemui pengundi tanpa mengenakan pakaian tertera lambang parti bertanding. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru ‘pakcik’ tampar, tumbuk pelanggan ketika beratur beli sarapan

POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden menyerang seorang pelanggan di sebuah restoran di Bandar Seri Coalfields,...

More Articles Like This