SELEPAS tiga hari berturut-turut melepasi angka 6,000, jumlah kes baharu COVID-19 hari ini turun kepada 5,809 kes.
Jumlah itu merupakan penurunan lebih 700 kes berbanding semalam yang mencatatkan 6,517 kes dengan Selangor sahaja melaporkan 1,752 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini sebanyak 2.541 juta.
“Pada 13 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,809 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,541,147 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Baca: Ahad 4,348, hari ini kes baharu cecah angka 6,517
Vaksin dan kepatuhan SOP strategi KKM elak lonjakan kes
Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt untuk seluruh negara kini mencecah 1.04.
Ini berdasarkan jangkaan mengikut kes seharian pada 12 November 2021.
Berdasarkan infografik yang disertakan, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi.
Lembah Klang dan Negeri Sembilan antara yang terawal mencatatkan liputan vaksinasi yang tinggi sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

