Tapak fun fair di Cheras ditutup serta-merta

Dari Penulis

SUSULAN insiden lelaki maut terjatuh dari roda Ferris kelmarin, tapak pesta ria atau fun fair berkenaan yang terletak di Cheras Selatan, Kajang diarah ditutup serta-merta.

Arahan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor itu bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Pengarah JKKP Selangor, Bahrudin Mamat berkata, pemeriksaan di lokasi telah dilakukan dan siasatan awal mendapati dua mangsa terjatuh setinggi kira-kira lapan meter dari buaian berkenaan pada 11.15 malam.

“Sehubungan itu, kita mengeluarkan lima Pemberitahuan Larangan mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kilang Dan Jentera 1967 bagi menghentikan operasi ke atas lima unit alat permainan.

Baca: Seorang maut, seorang cedera jatuh buaian fun fair di Cheras

“Satu Notis Larangan mengikut Seksyen 48 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 turut dikeluarkan atas kegagalan pihak operator menjalankan penaksiran risiko bagi semua aktiviti di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrudin, JKKP juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang.

“Kita memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja dan orang awam. Operator mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti dan bertanggungjawab meneliti terlebih dulu bahaya dengan membuat penilaian risiko sebelum menjalankan operasi,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki meninggal dunia manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari permainan roda Ferris.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This